DAMSYIK – Kedutaan Iran di tengah Damsyik diserbu militan bersenjata berikutan penawanan pembangkang di ibu negara Syria, lapor TV Al-Arabiya pada Ahad.

Menurut penyiar berpangkalan di Dubai itu, penyerang masuk ke perkarangan kedutaan selepas beberapa siri kemaraan pantas oleh pejuang pemberontak yang sebelum ini mendakwa mengawal kemudahan utama kerajaan di bandar itu.

Ia masih tidak jelas puak mana yang bertanggungjawab untuk serangan itu.

Insiden dilaporkan berlaku di tengah-tengah perkembangan pantas di Damsyik, di mana kumpulan pemberontak telah mengeluarkan kenyataan mengisytiharkan berakhirnya kerajaan Presiden Bashar al-Assad.

XINHUA