KAHERAH – Sumber keselamatan Mesir memberitahu Xinhua pada Sabtu, lintasan Rafah, satu-satunya saluran yang menghubungkan Semenanjung Gaza dengan Mesir, akan dibuka semula pada Ahad.

Sumber itu menambah bahawa kira-kira 600 trak bantuan dijangka memasuki Gaza melalui lintasan itu pada Ahad, mengikut perjanjian gencatan senjata untuk pembebasan tebusan.

Gencatan senjata yang dinanti-nantikan antara Hamas dan Israel dicapai Rabu akan berkuat kuasa pada Ahad jam 8:30 pagi waktu tempatan (0630 GMT).

XINHUA