Mohammed al-Bashir mengumumkan pada Selasa bahawa beliau telah ditugaskan untuk mengetuai kerajaan peralihan di Syria sehingga awal Mac 2025 berikutan kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.

Dalam satu kenyataan ringkas di televisyen, al-Bashir berkata beliau akan mengetuai pihak berkuasa peralihan sehingga 1 Mac.

Al-Bashir, dilahirkan pada 1983, adalah seorang jurutera elektrik dan ketua “Syrian Salvation Government” (SSG) di Idlib yang dibentuk pada 2017 oleh Hayat Tahrir al-Sham dan kumpulan militan Syria yang lain semasa perang saudara Syria.

SSG mempunyai kuasa pentadbiran dan berkaitan perkhidmatan di kawasan di bawah kawalan Hayat Tahrir al-Sham (HTS) di utara Syria.

XINHUA