OSLO – Menteri Luar Norway Espen Barth Eide pada Khamis mengecam tindakan Israel meneruskan semula permusuhan di Gaza, menggesa gencatan senjata segera dan disambung semula rundingan untuk memulihkan keamanan.
“Kami mengecam tindakan Israel menyambung semula permusuhan di Gaza, di mana beberapa ratus dilaporkan terbunuh sejak Selasa, menurut pihak berkuasa tempatan. Pada Rabu, sekurang-kurangnya seorang kakitangan PBB turut terbunuh, dan beberapa lagi cedera parah. Adalah tidak boleh diterima bahawa kakitangan kemanusiaan dan orang awam terjejas,” kata Eide dalam satu kenyataan.
“Kami mengingatkan semua pihak dalam konflik bersenjata tentang kewajipan mereka untuk mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa,” tambahnya.
Menteri luar negeri itu mengkritik keputusan kerajaan Israel untuk menamatkan gencatan senjata, dengan mengatakan bahawa ia menjejaskan keselamatan kedua-dua rakyat Israel dan Palestin. Beliau menggesa semua pihak menghormati undang-undang antarabangsa dan memastikan akses kemanusiaan tanpa halangan ke Gaza.
“Pertempuran mesti dihentikan serta-merta. Rundingan gencatan senjata mesti disambung semula. Akses kemanusiaan penuh ke Gaza mesti dipastikan. Undang-undang antarabangsa mesti dihormati,” katanya.
XINHUA