BANDAR GAZA, Wilayah Palestin – Agensi pertahanan awam Gaza berkata pada Rabu, 13 orang telah terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas wilayah Palestin sejak tengah malam.

Israel “melakukan beberapa serangan udara… yang mengakibatkan kematian 13 orang dan berpuluh-puluh cedera, termasuk wanita dan kanak-kanak, di Khan Younis dan bandar Gaza,” kata jurucakap agensi itu, Mahmud Bassal.

Israel pada Selasa melancarkan serangan paling sengit di Semenanjung Gaza sejak gencatan senjata 19 Januari antaranya dan militan Palestin Hamas menamatkan perang selama lebih 15 bulan.

Serangan itu, yang berlaku selepas rundingan untuk melanjutkan gencatan senjata itu gagal, membunuh lebih 400 orang, kata kementerian kesihatan di wilayah kendalian Hamas itu.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu memberi amaran lewat Selasa bahawa serangan itu “hanya permulaan” dan rundingan masa depan dengan Hamas “hanya akan berlaku di bawah tembakan”.

“Hamas sudah merasakan kekuatan lengan kami dalam tempoh 24 jam lalu. Dan saya mahu berjanji kepada anda – dan mereka – ini hanya permulaan,” katanya dalam satu kenyataan video.

Pejabat Netanyahu juga berkata awal Rabu bahawa kerajaan Israel telah “sebulat suara meluluskan” cadangannya untuk melantik semula ahli politik sayap kanan Itamar Ben Gvir sebagai menteri keselamatan negara.

Ben Gvir telah meletak jawatan sebagai protes atas perjanjian gencatan senjata pada 19 Januari, yang partinya Jewish Power (Kuasa Yahudi) sebut sebagai “penyerahan kepada Hamas”.

Israel berikrar untuk terus berjuang sehingga kembalinya semua tebusan dirampas militan Palestin semasa serangan Oktober 2023 ke atas Israel yang mencetuskan perang.

Hamas tidak bertindak balas secara ketenteraan setakat ini, tetapi dalam satu kenyataan ia menggesa negara-negara sahabat untuk “menekan” Amerika Syarikat untuk menamatkan serangan oleh sekutunya Israel.

AN-AFP


Facebook Posts

12 hours ago

Berita Free

💝READY STOCK💝High heels for women Korean Fashion Girl New versatile French high-heeled sandals chunky sandalss.shopee.com.my/8pXnt6hs5A#women #korean #fashion #girl #new #french #sandals #kasut #wanita #Shopee

See MoreSee Less

View on Facebook

12 hours ago

Berita Free

👍Lampu Raya 5M Curtain Fairy light Lampu haisan Led light strip Room decor 5Meter Lampu Led Hari Rya 2025 Moon Star lamps.shopee.com.my/8zrE5bc2td#lampu #raya #eid #Aidilfitri #idulfitri #lampung

See MoreSee Less

View on Facebook

12 hours ago

Berita Free

SCS.MY Iris Hook/Eyelet Mix Langsir Blackout Curtain (170cm-220cm)s.shopee.com.my/3LCrLP6Fmk#Langsir #tirai #curtain #raya #eid #Aidilfitri

See MoreSee Less

View on Facebook

12 hours ago

Berita Free

s.shopee.com.my/7Kj06qB0M6#bawal #theselamah #tudung #raya #eid #idulfitri #Aidilfitri #wanita #WomenSupportingWomen

See MoreSee Less

View on Facebook

12 hours ago

Berita Free

HAERA || KHALSOM Kurung Pahang Shantung Silk with Cute Embroiderys.shopee.com.my/4AlyLM1aJB#haera #Shopee #khalsom #kurung #baju #pahang #silk #shantung #cute #perempuan #wanita #women #raya #idulfitri #eid #Aidilfitri #Syawal #Ramadan

See MoreSee Less

View on Facebook