LIMA, 17 Mac – Kerajaan Peru mengisytiharkan pada Isnin sebagai darurat di ibu negara Lima sementara ia turut mengerahkan tentera ke jalan raya untuk membantu meredakan keganasan yang meragut nyawa seorang penyanyi popular baru-baru ini.
Kematian pemuzik terkenal cumbia Paul Flores awal Ahad mencetuskan kemarahan ramai, selepas bas yang dinaikinya ditembak penyerang bersenjata yang tidak dikenali. Flores mati selepas dia ditembak, menurut polis.
Gelombang jenayah, termasuk lonjakan peras ugut, mendorong Presiden Dina Boluarte mengisytiharkan bahawa dia ingin melihat pembunuh berdepan hukuman mati, walaupun Peru hanya membenarkan hukuman mati bagi pengkhianat yang disabitkan kesalahan.
Dekri darurat selama 30 hari itu terpakai ke atas Lima serta wilayah jiran, Callao dan memberikan pihak berkuasa kuasa tambahan mengerahkan tentera untuk memerangi pelanggaran undang-undang.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pegawai di Peru telah berulang kali mengisytiharkan darurat apabila aktiviti jenayah atau pergolakan sosial meningkat.
Kerajaan bertindak pada Isnin berikutan minggu keganasan yang semakin meningkat dipersalahkan kepada kumpulan penjenayah yang sering menyasarkan perniagaan, termasuk syarikat pengangkutan, walaupun pihak berkuasa telah menggembar-gemburkan penangkapan geng baru-baru ini.
REUTERS