SEOUL – Sekurang-kurangnya empat orang maut dan enam cedera dalam beberapa siri kebakaran hutan di Korea Selatan, ketika anggota bomba bergegas memadamkan kebakaran di tengah-tengah cuaca kering dan berangin, kata Perkhidmatan Hutan Korea pada Ahad.
Lebih 9,000 kakitangan dan 105 helikopter dikerahkan untuk memadamkan kebakaran yang melanda kawasan kebanyakannya di tenggara negara itu, merosakkan bangunan kediaman dan sebuah kuil, kata pihak berkuasa.
Lebih 1,500 penduduk berteduh ketika kebakaran memusnahkan kira-kira 6,300 hektar (16,000 ekar) hutan, kata Pemangku Presiden Choi Sang-mok pada mesyuarat tindak balas bencana.
“Saya meminta Perkhidmatan Hutan Korea memberi perhatian khusus bagi memastikan keselamatan kakitangan yang bertanggungjawab memadam kebakaran di udara atau di darat,” kata Choi sambil berikrar untuk menggunakan semua sumber yang ada untuk menghentikan kebakaran.
Tiga daripada empat orang yang maut adalah anggota bomba dan seorang penjawat awam, menurut agensi berita Yonhap.
REUTERS