Rampasan kapal komersial oleh Houthi boleh membawa kepada krisis berbahaya di Laut Merah, penganalisis memberi amaran, kerana serangan kumpulan disokong Iran itu mengancam untuk mengganggu perkapalan di laluan air yang dilalui 10 peratus daripada perdagangan global.
Houthi, yang menyokong Hamas dalam perang Israel-Gaza yang berterusan, merampas kapal komersil Galaxy Leader yang dikaitkan dengan Israel dan menawan 25 tebusan pelbagai bangsa di Laut Merah pada Ahad.
Jurucakap kumpulan itu mengumumkan ia telah melakukan “operasi ketenteraan” dan semua kapal Israel di Laut Merah akan diserang dalam “pertempuran laut”.
“Penahanan kapal Israel adalah langkah praktikal yang membuktikan keseriusan angkatan tentera Yaman dalam melancarkan pertempuran laut, tanpa mengira kosnya,” kata Mohammed Abdul-Salam.
The National