SHAH ALAM – Polis mengesahkan penjenayah yang disyaki melakukan samun di sebuah kedai emas di pasar raya di Kota Damansara, dekat sini Sabtu lalu adalah seorang anggota polis bantuan sebuah syarikat utiliti.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan juga mengesahkan suspek yang berusia 32 tahun, melakukan jenayah terbabit secara solo dengan menggunakan senjata api syarikat tempat dia bertugas.

Menurutnya, siasatan pihaknya mendapati suspek yang kali pertama melakukan samun itu dipercayai untuk membayar hutang yang sedang ditanggungnya.

“Siasatan mendapati, pada hari kejadian suspek tidak bekerja dan dijadualkan bekerja syif pada jam 12 tengah malam selepas kejadian itu.

“Suspek ada hutang hampir RM20,000… antara sebab dia lakukan samun ini untuk dia bayar hutang… hutang dengan siapa masih dalam siasatan polis.

“Siasatan polis dalam tempoh tiga hari ini, dia bergerak solo… dia sendiri bawa kereta ke tempat itu dan dia melarikan diri seorang diri dengan kereta yang sama,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di sini hari ini.

Hussein berkata, siasatan mendapati senjata api yang digunakan suspek adalah salah satu senjata api yang digunakan di tempat dia bekerja.

“Suspek mempunyai kata laluan dan akses untuk mengambil senjata api itu. Dia mengambil senjata api itu dan melakukan rompakan terbabit dan pulangkan semula senjata api berkenaan di tempat asalnya.

“Kemudian pulang ke rumah untuk bersiap masuk bekerja pada syif 12 tengah malam.

“Tetapi suspek tidak sempat masuk kerja kerana diberkas pihak polis ketika bersiap ke tempat kerja,” katanya.

Beliau berkata, sewaktu tangkapan itu, polis menemui serangkai kunci, alat kawalan jauh berlambang Proton, telefon bimbit, satu beg galas, 81 utas rantai emas, wang tunai RM1,800, sekeping kad Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas nama suspek dan beberapa barang kes lagi.

“Polis berjaya mengesan suspek yang mana barang kes belum sempat dipindahkan atau dijual dengan bantuan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang berada di pasar raya dan di jalan raya selain risikan pihaknya.

“Hasil siasatan kami sehingga sekarang dia ke premis terbabit dan melakukan pemeriksaan dan rondaan di kawasan itu pada waktu tengah hari sebelum menyamun sebelah petang yang mengambil masa kira-kira sebelum 10 minit,” katanya.

Beliau mendedahkan, suspek sudah empat tahun berkahwin dan keluarga berada di Kelantan, dia menyewa rumah seorang diri di Bukit Beruntung.

“Dia dipercayai akan melarikan diri ke Kelantan tetapi polis berjaya menangkap lebih awal,” katanya.

Katanya, suspek yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau ditahan reman selama tujuh hari sehingga 29 Mac depan.

“Polis akan memanggil penyelia dan rakan sekerja suspek bagi membantu siasatan,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan polis menahan seorang lelaki selepas terbabit dalam kejadian samun tujuh dulang barangan kemas bernilai RM2 juta di sebuah kedai emas di pasar raya di Kota Damansara di sini.

Hussein dilaporkan berkata, suspek ditahan 10.15 malam di sekitar Bukit Beruntung, Hulu Selangor, dan pihaknya menemukan semula sejumlah barangan kemas yang disamun.

BH ONLINE


Facebook Posts

6 days ago

Berita Free

💝READY STOCK💝High heels for women Korean Fashion Girl New versatile French high-heeled sandals chunky sandalss.shopee.com.my/8pXnt6hs5A#women #korean #fashion #girl #new #french #sandals #kasut #wanita #Shopee

See MoreSee Less

View on Facebook

6 days ago

Berita Free

👍Lampu Raya 5M Curtain Fairy light Lampu haisan Led light strip Room decor 5Meter Lampu Led Hari Rya 2025 Moon Star lamps.shopee.com.my/8zrE5bc2td#lampu #raya #eid #Aidilfitri #idulfitri #lampung

See MoreSee Less

View on Facebook

6 days ago

Berita Free

SCS.MY Iris Hook/Eyelet Mix Langsir Blackout Curtain (170cm-220cm)s.shopee.com.my/3LCrLP6Fmk#Langsir #tirai #curtain #raya #eid #Aidilfitri

See MoreSee Less

View on Facebook

6 days ago

Berita Free

s.shopee.com.my/7Kj06qB0M6#bawal #theselamah #tudung #raya #eid #idulfitri #Aidilfitri #wanita #WomenSupportingWomen

See MoreSee Less

View on Facebook

6 days ago

Berita Free

HAERA || KHALSOM Kurung Pahang Shantung Silk with Cute Embroiderys.shopee.com.my/4AlyLM1aJB#haera #Shopee #khalsom #kurung #baju #pahang #silk #shantung #cute #perempuan #wanita #women #raya #idulfitri #eid #Aidilfitri #Syawal #Ramadan

See MoreSee Less

View on Facebook