NEW DELHI – Seorang maut dan 11 lagi hilang selepas sebuah kenderaan terjatuh ke dalam terusan Bhakra di negeri Haryana, utara India, kata polis pada Sabtu.

Kemalangan itu berlaku malam Jumaat dekat kampung Sardarewala di daerah Fatehabad, kira-kira 201 km ke barat Chandigarh, ibu kota Haryana.

Menurut polis, terdapat 14 orang menaiki kenderaan itu, yang mana seorang pemandu dan seorang budak lelaki berusia 11 tahun berjaya keluar. Bagaimanapun, 12 orang dihanyutkan arus air deras.

Sejurus selepas kemalangan itu, anggota penyelamat dikejarkan ke lokasi untuk mengesan mangsa hilang. Setakat ini, satu mayat telah ditemui dari terusan.

XINHUA


Facebook Posts

1 day ago

Berita Free

KURTA ANDIKA NEWBORN & BUDAK RAYA 2024/KURTA RAYA COMOCREPE/KURTA MURAH/KURTA BUDAK RAYAs.shopee.com.my/3LCTqF8bfE#murah #andika #kurta #newborn #budak #raya #eid #aidilfitri #baju #shopee

See MoreSee Less

View on Facebook