ISLAMABAD — Sebelas anggota keselamatan cedera dalam serangan di wilayah Khyber Pakhtunkhwa barat laut Pakistan pada Sabtu, kata sumber rasmi.

Insiden itu berlaku di daerah suku Waziristan Selatan di mana militan menyerang pangkalan tentera, sumber memberitahu Xinhua dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.

Mereka yang cedera, termasuk seorang pegawai, dipindahkan ke hospital berdekatan.

Belum ada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.

XINHUA