MANILA — Tiga kanak-kanak perempuan berusia lima, 11 dan 16 tahun maut selepas terperangkap di dalam rumah dua tingkat yang terbakar di ibu negara Filipina, kata polis pada Rabu.

Pegawai polis Alejandro Ramos berkata, mangsa sedang tidur di tingkat dua ketika kebakaran berlaku pada petang Selasa.

Ramos berkata, ibu mereka gagal menyelamatkan mereka kerana sedang sibuk memandikan seorang lagi anak di tingkat bawah.

Ramos berkata, asap tebal dan lorong sempit menghalang jiran dan bomba memasuki rumah untuk memadamkan kebakaran. Pihak bomba mengambil masa sejam untuk memadamkan kebakaran.

Punca kebakaran sedang disiasat, kata polis.

XINHUA