PARIS — Pihak berkuasa Iran membebaskan seorang warga Perancis yang ditahan sejak September 2022, Presiden Perancis Emmanuel Macron mengumumkan pada Rabu, menggesa Tehran membebaskan tiga lagi warga Perancis “tanpa berlengah-lengah”.

“Louis Arnaud bebas. Esok dia akan berada di Perancis selepas lama dipenjarakan di Iran,” Macron menyiarkan di X, mengucapkan terima kasih khususnya kepada Oman kerana membantu mendapatkan “hasil yang menggembirakan ini.”

AN memetik AFP