GAZA — Pasukan pendudukan Israel melakukan dua pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lalu, mengakibatkan kematian sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin dan 71 yang lain cedera, menurut sumber perubatan.

Pihak berkuasa kesihatan tempatan mengesahkan jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel sejak 7 Oktober telah meningkat kepada 39,623 kematian yang dilaporkan, dengan tambahan 91,469 individu mengalami kecederaan. Majoriti mangsa adalah wanita dan kanak-kanak.

Menurut sumber yang sama, perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat mencapai banyak mangsa dan mayat yang terperangkap di bawah runtuhan atau bergelimpangan di jalan-jalan merentasi kawasan dilanda perang, kerana pasukan pendudukan Israel terus menghalang pergerakan ambulans dan kru pertahanan awam.

WAFA

  • Angka maut dalam berita WAFA 39,923 berbeza dengan tajuk, namun selepas dibandingkan dengan berita sebelum ini oleh XINHUA 39,583 dicampur dengan 40, menjadikan 39,623)