YANGON, 29 Mac – Gempa bumi kuat Myanmar pada Jumaat menyebabkan bangunan utama Universiti Mandalay runtuh, yang kemudiannya terbakar, menurut Pasukan Penerangan Majlis Pentadbiran Negeri pada malam Sabtu.
Akibatnya, kertas jawapan peperiksaan matrikulasi tahun akademik 2024-25, yang telah dihantar ke universiti untuk diproses, terbakar dan musnah.
Ia termasuk 280,940 kertas jawapan daripada 46,944 pelajar dari wilayah Mandalay, 43,827 kertas daripada 7,311 pelajar dari wilayah Sagaing dan 52,189 kertas daripada 8,699 pelajar dari negeri Kachin.
XINHUA