RIYADH – Kementerian Dalam Negeri (Arab Saudi) menegaskan syarikat dan pertubuhan perkhidmatan haji dan umrah mesti mematuhi semua peraturan dan arahan berkaitan di Arab Saudi.

Kementerian itu berkata penalti kewangan akan dikenakan ke atas mana-mana syarikat atau pertubuhan untuk jemaah haji dan pelaksana umrah yang lambat melaporkan individu tinggal di Arab Saudi melebihi tempoh dibenarkan kepada pihak berkuasa berkaitan.

Penalti boleh mencecah SR100,000 ($26,600) dan akan didarabkan berdasarkan bilangan individu yang melanggar tarikh akhir berlepas mereka, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA) pada Isnin.

Pada Isnin, Matarat Holding Co mengumumkan bahawa lebih 6.8 juta penumpang dan pelaku umrah melalui empat lapangan terbang Saudi dari pertama Ramadan hingga ketujuh Syawal.

Ini membabitkan Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di Jeddah, Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad bin Abdulaziz di Madinah, Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Abdulmohsen bin Abdulaziz di Yanbu, dan Lapangan Terbang Antarabangsa Taif.

Trafik penumpang dibahagikan antara penerbangan antarabangsa, dengan lebih 4.6 juta penumpang, termasuk ketibaan dan pelepasan, dan 2.1 juta penumpang penerbangan domestik.

AN, 7.4.2025


Facebook Posts