GAZA — Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas, mengumumkan pada Khamis pejuangnya membunuh 15 tentera Israel dari jarak dekat di Beit Lahia, utara Gaza.

Dalam satu kenyataan akhbar, Briged Al-Qassam menyatakan pejuangnya menyerang unit infantri Israel seramai 15 orang askar dan membunuh mereka dari jarak dekat.

Dalam satu kenyataan berasingan, Briged Al-Qassam mengumumkan mereka menyasarkan kereta kebal Merkava Israel dengan peluru Tandem berhampiran kawasan Safatawi, barat Kem Jabalia di utara Gaza.

Sementara itu, Briged Al-Quds, sayap bersenjata Pergerakan Jihad Islam, berkata ia menyasarkan perhimpunan tentera dan kenderaan Israel berhampiran Kelab Perkhidmatan Jabalia di tengah Kem Jabalia menggunakan peluru mortar 60mm standard.

Tentera Israel tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung serangan ini.

XINHUA