JERUSALEM/GAZA — Israel menyambung semula memerangi Hamas di Semenanjung Gaza pada pagi Jumaat, kata Pasukan Pertahanan Israel (IDF) dalam satu kenyataan.

IDF menuduh Hamas melanggar perjanjian gencatan senjata dan menembak wilayah Israel.

Siren roket diaktifkan di dua bandar Israel berhampiran sempadan Gaza pada pagi Jumaat, kali pertama sejak Israel dan Hamas mencapai gencatan senjata kemanusiaan pada 24 Nov.

IDF kemudiannya mengesahkan tentera pertahanan udaranya memintas roket yang dilancarkan ke arah Israel.

Susulan serangan itu, Perintah Barisan Depan Dalam Negeri yang bergabung dengan IDF mengetatkan garis panduan untuk orang awam di beberapa kawasan di negara itu.

Perjanjian gencatan senjata kemanusiaan yang dicapai antara Israel dan Hamas tamat pada 7:00 pagi waktu tempatan (0500 GMT) pada pagi Jumaat.

Di Gaza, letupan kuat kedengaran pagi Jumaat.

Xinhua


Facebook Posts