GUANGZHOU – Seorang lelaki yang menyebabkan banyak korban selepas merempuh dengan keretanya ke arah orang ramai di sebuah pusat sukan bulan lalu di bandar Zhuhai, Wilayah Guangdong di selatan China, dijatuhi hukuman mati pada Jumaat.
Mahkamah Perantaraan Rakyat Zhuhai mengadakan perbicaraan awam terhadap Fan Weiqiu atas jenayah membahayakan keselamatan awam dengan cara berbahaya mengikut undang-undang.
XINHUA