NEW DELHI — Ramai orang cedera selepas kira-kira 18 koc kereta api penumpang tergelincir pada Selasa di negeri Jharkhand, timur India, kata pegawai.
Kemalangan itu berlaku pada sebelah pagi dekat stesen Barabamboo Chakradharpur di daerah Singhbhum Barat, kira-kira 123 km tenggara Ranchi, ibu kota Jharkhand.
Selepas tergelincir, ambulans dan pasukan penyelamat bergegas ke tempat kejadian bagi membantu mangsa yang cedera.
Pihak berkuasa kereta api bergegas membawa peralatan Perubatan Bantuan Kemalangan (ARME) dengan kakitangan ke lokasi untuk menjalankan usaha bantuan dan menyelamat.
Pegawai berkata daripada 18 koc yang tergelincir, 16 adalah koc penumpang, satu gerabak kuasa dan satu gerabak pantri.
Siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku selepas kereta api barang yang datang dari arah bertentangan tergelincir dan merempuh tren penumpang yang lalu.
Bagaimanapun, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi memastikan punca sebenar kemalangan itu.
XINHUA