JOHANNESBURG – Seorang pelombong haram dari lombong emas Stilfontein di Wilayah Barat Laut Afrika Selatan minggu lalu meninggal dunia di hospital, menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat kejadian itu kepada 88 orang.
Mendiang adalah salah seorang daripada 33 pelombong haram yang diselamatkan dari bawah tanah minggu lalu, menurut Tshegofatso Mothibedi, jurucakap Jabatan Kesihatan Barat Laut.
“Pesakit yang dikenali sebagai Koali Rankomo dimasukkan ke hospital selepas disahkan menghidap gastroenteritis dan dehidrasi,” katanya pada Selasa.
Seramai 32 pelombong haram, yang merupakan antara 246 yang dibebaskan minggu lalu, kekal di hospital berbeza di rantau ini. Mereka berada bawah kawalan polis, kerana mereka masih ditahan. Beberapa pelombong haram yang dibawa ke permukaan minggu lalu lemah dari segi fizikal selepas mengalami dehidrasi.
Usaha mengenal pasti pelombong yang meninggal dunia sedang dijalankan, namun proses itu dijangka panjang kerana ramai daripada mereka berasal dari negara jiran.
XINHUA