CARACAS, 29 Julai (Xinhua) — Venezuela pada Isnin menggesa kerajaan Argentina, Chile, Costa Rica, Peru, Panama, Republik Dominican dan Uruguay supaya menarik balik kakitangan diplomatik mereka yang ditauliah di negara itu.

Langkah itu, diumumkan dalam kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Kementerian Luar Venezuela, juga menggesa penarikan balik kakitangan diplomatik Venezuela yang ditauliah di negara tersebut.

Venezuela menuduh kerajaan tujuh negara itu “campur tangan” dalam hal ehwal dalamannya, terutama pilihan raya presiden pada Ahad yang menyaksikan Presiden Nicolas Maduro dipilih semula untuk penggal ketiga selama enam tahun.

Negara-negara tersebut “takluk kepada Washington dan komited kepada … postulat ideologi fasisme antarabangsa,” menurut kenyataan itu.

Majlis Pilihan Raya Kebangsaan Venezuela pada Isnin mengisytiharkan Maduro sebagai pemenang pilihan raya presiden pada Ahad.