NEW DELHI — Sekurang-kurangnya 11 orang maut akibat wabak cirit-birit di negeri timur laut Assam, lapor media tempatan pada Khamis.

Mangsa dikenal pasti sebagai pekerja ladang teh di daerah Tinsukia, kira-kira 512 km timur laut Dispur, ibu kota Assam.

“Sekurang-kurangnya 11 pekerja ladang teh di daerah Tinsukia Assam telah meninggal dunia akibat cirit-birit pada minggu lalu. Rakan sekerja mereka mendakwa mereka meninggal dunia akibat keadaan tidak bersih dan kekurangan air minuman yang sesuai di kawasan itu,” kata saluran berita televisyen berpangkalan New Delhi, NDTV.

Menurut saluran berita itu, menteri persekutuan Sarbananda Sonowal telah menyatakan kebimbangan terhadap wabak penyakit itu dan mengarahkan kerajaan tempatan Assam untuk menilai keadaan.

XINHUA