TOKYO – Dua orang maut selepas kebakaran berlaku di kawasan perumahan dekat Tokyo Skytree di Tokyo pada petang Selasa, lapor media tempatan.
Kira-kira jam 5 petang waktu tempatan (0800 GMT), kebakaran dilaporkan berlaku di sebuah rumah dua tingkat di kawasan perumahan yang padat di Sumida Ward di Tokyo, lapor Kyodo News, memetik jabatan bomba tempatan.
Api merebak dalam beberapa minit merangkumi sekurang-kurangnya lapan bangunan, termasuk rumah, di tengah angin kencang, kata laporan itu.
Insiden itu berlaku dekat Tokyo Skytree, menara penyiaran tertinggi Jepun dan tempat pelancongan yang popular.
XINHUA