KUCHING — Dua sepupu maut maut selepas motosikal ditunggangi mereka merempuh belakang sebuah lori yang diletakkan di bahu jalan di Jalan Pelabuhan, di sini, malam tadi.
Mangsa, kedua-duanya lelaki berusia 25 dan 18 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di beberapa bahagian anggota badan.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah, berkata kejadian kira-kira jam 11.10 malam itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Pending ke Bako.
Beliau berkata, sejurus tiba di lokasi, motosikal itu merempuh lori yang diletakkan di bahu jalan menyebabkan penunggang dan pembonceng terhumban.
Pemandu lori ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Polis juga meminta orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Muhamad Amirul Azami Ahmad Rasol di talian 016-8593994 atau 082-259900 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.
Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak meletakkan kenderaan di bahu jalan kerana tindakan itu boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya lain.
BH ONLINE