TAIPEI/BEIJING, 21 Jan — Gempa bumi berukuran 6.2 magnitud menggegarkan Kota Tainan, Taiwan, China, pada 12:17 pagi Selasa (Waktu Beijing), menurut Pusat Rangkaian Gempa Bumi China (CENC).

Pusat gempa bumi, dengan kedalaman 14 km, dipantau pada 23.24 darjah lintang utara dan 120.51 darjah bujur timur, kata CENC.

Gegaran dirasai di Taipei, berlarutan selama lebih 10 saat, dan beberapa gegaran susulan berlaku selepas gempa itu.

Menurut laporan media tempatan, dua orang sedang diselamatkan selepas sebuah rumah runtuh di Tainan.

XINHUA