MOSCOW — Dakwaan campur tangan Rusia dalam pilihan raya parlimen Georgia baru-baru ini adalah “tidak berasas sama sekali,” kata Jurucakap Kremlin Dmitry Peskov pada Isnin.
“Kami menolak sekeras-kerasnya tuduhan sedemikian,” kata Peskov, sambil menambah Moscow tidak mencampuri urusan dalaman Georgia dan tidak berhasrat untuk berbuat demikian.
Pada Sabtu, Georgia mengadakan pilihan raya parlimennya di bawah sistem berkadar sepenuhnya buat kali pertama. Hampir 90 peratus pengundi membuang undi melalui peranti elektronik yang dipasang di pusat mengundi.
Parti Georgian Dream yang memerintah telah memenangi pilihan raya parlimen, kata Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat lewat Sabtu. Presiden Georgia Salome Zourabichvili menolak keputusan pilihan raya parlimen itu pada Ahad, menyifatkan keputusan itu dicurangi.
XINHUA