ALOR SETAR — Lelaki dipercayai terjatuh di Jalan Datuk Kumbar, Kampung Gerigis, di sini semalam ditemui lemas.
Ketua Zon 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Ahmad Aminuddin Abd Rahim berkata, mangsa berusia 45 tahun itu ditemui oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) pada jam 6.58 petang semalam.
Beliau berkata, selaman pertama dilakukan pada jam 6.42 petang di lokasi pencarian operasi mencari dan menyelamat (SAR).
“Mangsa ditemui tidak jauh dari lokasi dia dilaporkan terjatuh sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
“Operasi disertai pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar dan dibantu PPDA BBP Jitra serta Sungai Petani ,” katanya di sini hari ini.
Media sebelum ini melaporkan, seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh dalam sungai di Kampung Gerigis, Jalan Datuk Kumbar, di sini, semalam.
BH ONLINE